Malaysiakini 14/12/15
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil Cukai
Barang dan Perkhidmatan (GST) lebih RM30 bilion setakat hari ini sejak
pelaksanaannya pada April lepas.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Penguatkuasaan/Pematuhan) Datuk Matrang Suhaili berkata ia merupakan
kutipan daripada lebih 400,000 syarikat berdaftar dengan sistem
tersebut.
Beliau berkata nilai kutipan itu melebihi angka yang disasarkan.
Beliau bagaimanapun enggan mengatakan sasaran berkenaan dan menjangkakan ia akan bertambah pada tahun depan.
"Setakat ini kami (JKDM) belum diberikan sasaran (untuk kutipan tahun depan)," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Matrang berkata JKDM telah mengisi lebih 1,000 pegawai di bawah bahagian GST jabatan tersebut.
"Kakitangan
yang kita ada ini adalah bagi memenuhi keperluan semasa GST dan mengisi
kekosongan mereka yang pencen dan bersara. Mereka ditempatkan di setiap
negeri di seluruh negara mengikut cabang dan kekosongan," katanya lagi.
-Bernama
No comments:
Post a Comment