Malaysiakini 27/12/15
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan
bajet sehingga RM1 bilion.
Justeru, titah, baginda perkara itu akan ditimbulkan pada mesyuarat Majlis Raja-raja yang akan datang.
"Saya ingin tahu - jika ia adalah benar - mengapa mereka perlu bajet RM1 bilion?
"Adakah
ini termasuk peruntukan kepada semua negeri-negeri? Semasa mesyuarat
Majlis Raja-raja seterusnya saya mahu mereka tunjukkan saya butiran
perbelanjaan.
"Saya ingin tahu jika mereka juga membiayai sekolah-sekolah agama di sini (di Johor)," katanya kepada akhbar The Star.
Sultan Ibrahim juga memberitahu bahawa sekolah-sekolah agama bermula di Johor sebelum diperkenalkan ke negeri-negeri lain.
Titah
baginda, Johor, tidak pernah mempunyai sekolah pondok tetapi sebaliknya
mempunyai sekolah agama yang teratur yang mana sukatan pelajarannya
digunakan di negeri-negeri lain.
Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini berkata Jakim
memerlukan lebih RM1 bilion bagi tahun kewangan 2016, dan bukan hanya
RM724.6 juta yang diperuntukkan buat masa ini.
Beliau berkata
jumlah wang yang besar itu diperlukan bagi memerangi ideologi pelampau
seperti IS, liberalisme, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Mengulas
soalan bahawa beberapa agensi kerajaaan yang kelihatan lebih
berpengaruh dan berkuasa berhubung soal agama, Sultan Ibrahim betitah,
Raja-raja Melayu adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing.
“Jakim
boleh memberi nasihat atau mencadangkan garis panduan tetapi ia
terpulang kepada kita (Sultan) sama ada kita mahu menerimanya.
“Saya telah lantik panel bagi Majlis Agama Islam Johor. Mereka keluarkan fatwa tetapi
ini tidak boleh dikuatkuasakan tanpa kelulusan saya.
“Kadang-kadang
saya mempersoalkan sesuatu fatwa dan saya mahu mereka menerangkannya,
tetapi Jakim tidak mempunyai hak untuk campur tangan di negeri ini,”
titah baginda.
No comments:
Post a Comment