Perkasa sedia menyokong Pas pada PRU14 jika parti itu tidak lagi beretorik dan lebih progresif.
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sedia
menjadikan Pas sebagai parti pilihan pada Plihan Raya Umum ke-14 (
PRU14) sekiranya parti itu tidak lagi beretorik dan menjadi sebuah parti
progresif.
Persidennya, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapan dasar di Persidangan
Agung Tahunan Ke-6 Perkasa pada Ahad berkata, pertubuhan itu sedia
menolak UMNO pada PRU-14 sekiranya parti itu masih gagal menyelesaikan
kemelut dan perpecahan yang berlaku dalam parti Melayu itu.
“Perkasa tidak memberikan sokongan kepada mana-mana pihak, waima
UMNO, Barisan Nasional (BN) atas dorongan emosi dengan perkiraan
semberono atau prinsip membuta tuli.
“(Malah) pendirian Perkasa dalam PRU14, akan kami tentukan
berdasarkan kajian terperinci dalam PRU14 kelak. Kita mempunyai dua
pilihan, antara UMNO dan Pas yang sudah memutuskan ikatannya dengan DAP.
“Jika menjelang PRU 14, Pas tidak lagi beretorik dan menunjukkan
kemampuan untuk membela hidup dan mati Melayu, Pas mampu jadi pilihan
Perkasa,”katanya.
Katanya sokongan yang dibuat kepada Pas telah dipertimbang apabila mereka telah berpisah dengan DAP.
Bagaimanapun, Perkasa belum membuat keputusan muktamad untuk memberi
sokongan kepada Pas atau terus kekal menyokong UMNO seperti yang
dilakukan sebelum ini.
“Perkasa akan meneliti, mengkaji dan membuat keputusan muktamar bila
sampai waktunya nanti. Pilihan kami sama ada UMNO atau Pas kerana dua
parti itu diiktiraf Melayu Islam,” katanya.
Mengulas lanjut, bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menggesa
UMNO dan BN menyelesaikan isu yang melibatkan rakyat seperti kenaikan
kos sara hidup, perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), dan
isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta derma RM2.6 bilion.
Sekiranya perkara itu gagal diselesaikan, katanya, beliau tidak
menolak kemungkinan parti itu gagal untuk kekal memerintah selepas
PRU-14.
No comments:
Post a Comment