Jangan ambil tindakan yang boleh menyebabkan perpecahan kerana Melayu dan Cina mesti bersatu padu.
PETALING JAYA: Tindakan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Ali Baharom (Ali Tinju) memberi amaran kepada peniaga di Kompleks Kota Raya menambahkan lagi kebencian orang Cina kepada Melayu.
Bekas Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk
Muhammad Abdul Ghani berkata apa yang dilakukan Ali Tinju itu tidak
menyumbang kepada perpaduan rakyat Malaysia.
“(Tindakan Ahli Tinju itu nampak rasis dan mencemarkan nama orang Melayu sendiri) itu sudah sememangnya.
“(malah) Tindakan Ahli Tinju itu menambahkan lagi kebencian orang
Cina kepada Melayu, kerana tindakan kita (bertindak menegur peniaga)
diluar bidang kuasa atau tugas kita mereka (bukan Melayu) tidak suka
dengan cara kita,” katanya kepada FMT.
Jelasnya lagi, orang Melayu tidak seharusnya menuding jari seratus-peratus kepada peniaga Cina kerana tidak semuanya bermasalah.
“Bukan semua Cina ini jahat, Melayu pun ada. Kita tidak boleh
bertindak sesuatu tidak mengikut undang-undang, sehingga boleh
menghuru-hara dan memecah-belahkan antara Melayu dan Cina, sedangkan
Melayu dan Cina mesti bersatu padu,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua pihak supaya menyerahkan
tugas penguatkuasaan kepada pihak berkuasa untuk bertindak keatas mereka
yang bertindak melanggar undang-undang.
“Ali Tinju atau mana-mana bekas tentera tidak ada hak untuk menegur
peniaga Cina (di Kota Raya), kerana negara kita sudah mempunyai pihak
berkuasa, dan itu merupakan tanggungjawab polis untuk mengambil
tindakan,” katanya.
Katanya, Ali Tinju juga diingatkan supaya tidak menggunakan nama
persatuan apatah lagi persatuan bekas tentera sebagai platfom untuk
membuat kritikan terhadap mana-mana pihak.
FMT
FMT
No comments:
Post a Comment