Walaubagaimanapun, tujuan yayasan berkenaan untuk mempunyai simulator golf masih lagi tidak jelas.
PETALING JAYA : Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Datuk
Abibullah Samsudin pada Jumaat mengesahkan dakwaan Pusat Pemantau dan
Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) bahawa yayasan berkenaan membeli
simulator golf.
Pengarah NOW, Akmal Nasir bagaimanapun mempertikaikan tujuan pembelian simulator golf itu, yang padanya, masih tidak jelas.
“Kini Ketua Pegawai Eksekutif mendakwa simulator golf itu adalah
untuk hotel empat bintang milik YaPEIM yang masih lagi belum wujud.
“Perkara ini bertentangan dengan dengan fakta daripada Bajet 2013
YaPEIM yang menyatakan Pusat Latihan Latihan INPUT Golf atau Simulator
Golf dibuat untuk Sukan Korporat YaPEIM,” katanya menerusi kenyataan
pada Sabtu.
Sehubungan dengan itu, Akmal mengulangi persoalan mengapa YaPEIM
membeli mesin tersebut kerana penyumbang yayasan berkenaan dan orang
ramai berhak mengetahuinya.
“Berapa banyak mereka membayar untuk memperoleh dan mengekalkan simulator itu,” soalnya.
Menurutnya, ini disebabkan apa sahaja pendapatan YaPEIM yang dijana
harus diserahkan kembali untuk aktiviti amal jariah, selaras dengan
objektif yayasan itu.
Semalam, YaPEIM menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa yayasan itu
membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.
Abibullah berkata, sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.
Beliau berkata, simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan
sembilan tingkat milik YaPIEM di Petaling Jaya juga akan dijadikan pusat
kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel
bertaraf empat bintang kelak.
FMT
dah lah buat kerja haram, ditambah dgn menipu pulak! buat dosa mcm arus...
ReplyDeletesatu penipuan memerlukan seribu penipuan utk menutupinya...
TG Hadi, inilah masa sesuai utk PAS bagi nasihat..Tuan Guru, Tuan Guru, dimana Tuan?!?
ReplyDeleteTG Hadi, inilah masa sesuai utk PAS bagi nasihat..Tuan Guru, Tuan Guru, dimana Tuan?!?
ReplyDelete