Kedua-dua pemimpin itu tidak harus dipersalahkan
sepenuhnya, susulan kenaikan kos sara hidup pada hari ini kerana
melakukan 'perjanjian tanpa sengaja' dengan syarikat konsesi.
PETALING
JAYA: Pemimpin negara terdahulu tidak seharusnya dipersalahkan
sepenuhnya susulan peningkatan kos sara hidup terutamanya melibatkan
kenaikan kadar tambang Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan tol.
Perkara itu ditegaskan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung
Mokhtar Radin apabila ramai pihak menyalahkan pentadbiran Tun Dr
Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menandatangani
perjanjian dengan syarikat konsensi dan kepemimpinan Datuk Seri Najib
Tun Razak terpaksa menanggungnya.
Katanya, kedua-dua pemimpin tersebut mungkin tidak berniat untuk
melihat rakyat susah, namun ia perlu dijadikan pengajaran oleh pemimpin
ketika ini sebelum menandatangani perjanjian dengan mana-mana syarikat
konsensi pada masa akan datang.
“Saya juga tidak menyalahkan kedua-dua pemimpin ini (Anwar dan
Mahathir) kerana mungkin mereka pun tidak berhasrat untuk melihat rakyat
susah, tetapi ini merupakan satu pengajaran kepada mana-mana pemimpin
dalam negara kita sekiranya membuat apa-apa perjanjian.
“Sekiranya membuat apa-apa perjanjian pembangunan untuk rakyat dan
negara maka harus diteliti implikasi bukan sahaja hari itu tetapi pada
masa-masa akan datang agar rakyat tidak dibebani kos sara hidup yang
berat,” katanya kepada FMT.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kepemimpinan
Najib juga tidak boleh dipersalahkan susulan kenaikkan kos sara hidup
kerana ia berpunca daripada perjanjian tanpa sengaja pemimpin terdahulu.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid
Hamidi dipetik sebagai berkata, kenaikan kos sara hidup terutamanya
melibatkan tambang ERL dan kadar tol merupakan kesan daripada ‘najis’
yang ditinggalkan pemimpin sebelum ini.
FMT
Tak pe .. Kita tukar je BN ni..
ReplyDelete