Beliau hairan bagaimana surat itu boleh terlepas ke pihak lain sedangkan ia berada dalam simpanannya
KUALA LUMPUR: Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez
Abdul Rahim menegaskan, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap
kebocoran surat amaran dari Bank Negara Malaysia (BNM).
Menurutnya, beliau sendiri telah menerima surat amaran dari BNM,
namun, berasa hairan bagaimana surat tersebut boleh terlepas ke pihak
lain.
“Saya sedang berbincang dengan peguam bagaimana tindakan susulan yang
saya hendak ambil sebab surat itu ada dalam simpanan saya. Saya tidak
tahu dimana kebocoran surat itu.
“Saya akan ambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang
mengeluarkan surat BNM itu yang penuh tidak bertanggungjawab,” katanya
sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Baling itu meminta para pendeposit
Tabung Haji bersabar seketika kerana dividen dari lembaga itu akan
diumumkan sedikit masa lagi.
“Saya ingin memaklumkan kepada semua penabung-penabung supaya
bersabarlah. Memang suku tahun pertama seperti lazim yakni Tabung Haji
akan mengumumkan dividen.
“Kita akan mengumumkan dividen dalam masa terdekat ini. InsyaAllah
sebelum hari raya Cina, minggu pertama bulan kedua kita akan umumkan”
ujarnya.
Katanya, tohmahan bahawa Tabung Haji tidak akan membayar dividen dan pendeposit akan kehilangan duit adalah tidak benar.
FMT
No comments:
Post a Comment