Tuesday, January 26, 2016

Pembangkang tidak mungkin dapat tawan kedah – Mahfuz

 | January 25, 2016
Sekiranya pembangkang gagal bersatu mereka tidak akan berjaya menumbangkan kerajaan BN Kedah walaupun mereka mengalami krisis kepimpinan ketika ini.
Datuk Mahfuz Omar
PETALING JAYA: Pembangkang tidak mungkin berjaya menawan kembali Kedah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun UMNO mengalami krisis pemilihan Menteri Besar yang teruk.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, sekiranya semua parti pembangkang gagal bersatu sebelum PRU akan datang, impian untuk merampas kerajaan Kedah daripada BN hanya sia-sia.

“Peluang pembangkang (perampas Kerajaan Kedah dari BN) itu bergantung kepada kebijaksanaan pembangkang dari segi penyatuan, jika mereka tidak bersatu saya tidak nampak akan ada peluang yang baik untuk pembangkang (menang).
“Sebab saya lebih melihat kepada bagaimana penyatuan dikalangan parti pembangkang itu. Sekiranya mereka boleh bersatu peluang untuk menawan kembali Kedah dari BN agak cerah,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, bekas ketua penerangan PAS itu turut mengulas isu pertukaran Menteri Besar Kedah pimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat semakin parah.
“Apakah rasionalnya menukar Menteri Besar Kedah (sekarang). Bagi saya tidak ada manfaat kepada rakyat apabila ada perubahan Menteri Besar.

“Menteri Besar bukan punca kepada masalah yang dihadapi rakyat, tetapi penyumbang yang lebih besar ialah kelemahan dan kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menguruskan negara hari ini.
“Bagi saya terus kekalkan Menteri Besar. Tidak ada masalah. Saya berpolitik secara rasional, saya boleh terima untuk Menteri Besar ditukar kalau dia (Mukhriz) ada kesalahan besar, tetapi saya tidak nampak salah besar yang dilakukan Mukhriz sehingga Najib nak buat pertukaran,” katanya.
FMT

No comments:

Post a Comment