Polis bagaimanapun tidak menolak kemungkinan ada
anggotanya melindungi peniaga haram sehingga berani bertindak kasar dan
menipu pengguna
KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),
Datuk Nadzim Johan akan dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan
beliau anggota polis bersubahat dalam kes penipuan di Kompleks Kota
Raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, siasatan itu
untuk mengetahui lebih lanjut siapakah anggota polis yang dimaksudkan
Nadzim itu.
“Saya telah memanggil Datuk Nadzim selepas membaca wawancaranya
menerusi BERNAMA semalam, di mana beliau menuduh polis ini bersekongkol
dan sebagai musang berbulu ayam dalam PDRM.
“Malah saya mahu tahu siapa yang dimaksudkannya itu. Datuk Nadzim
boleh beri maklumat tersebut kepada saya atau pergi membuat aduan dengan
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman bagi
membolehkan kita melakukan siasatan,” katanya kepada pemberita di Bukit
Aman pada Khamis.
Mengulas lanjut, Tajudin berkata, pihak PPIM sepatutnya membenarkan
polis untuk melakukan siasatan berhubung kejadian itu termasuk
membabitkan ahli persatuan pengguna itu sendiri.
Katanya, penahanan ahli PPIM itu juga merupakan sebahagian daripada
siasatan, malah hasil daripada siasatan tersebut pihak polis akan
mendakwa salah seorang
peniaga di Kota Raya setelah selesai mengambil keterangan pihak tertentu.
peniaga di Kota Raya setelah selesai mengambil keterangan pihak tertentu.
Terdahulu, Nadzim berkata beliau tidak menolak kemungkinan bahawa
adanya penglibatan anggota polis yang melindungi pihak peniaga
menjalankan aktiviti haram sehingga memberi ruang kepada pengusaha
premis bertindak berani melakukan penipuan.
masalahnya kejadian jenayah leluasa dan polis tak bertindak...ini memberi gambaran polis terlibat...kalau tidak tentu polis m,embenteras jenayah...isu sekarang seolah2 ketua p[olis kuala lumpur seorang yang lurus bendul tak tahu apa disekelilingnya.... asaya rasa lebih baik dia letak jawatan kerana sekarang dia jelas makan gaji buta....
ReplyDeleteAduh …. Sedapnyer Bang !!
ReplyDelete>>> KLIK HERE !! <<<