4/1/16
Sepasukan polis yang menyiasat video yang memaparkan seorang nenek
yang disepak dan terajang oleh cucunya yang tersebar luas di media
sosial dimaklumkan oleh mangsa bahawa ia hanya gurauan dan meminta kes
berkenaan tidak diteruskan.
Ketua Polis Daerah Cheras Chong Kok
Sin berkata, semasa siasatan awal, mangsa mendakwa bahawa mereka sering
bergurau seumpama itu.
"Ini adalah kumpulan rakan-rakannya dan menurutnya itu adlah cara mereka bergurau satu sama lain," kata Chong kepada Malaysiakini hari ini.
Mangsa
yang juga tidak mahu siasatan diteruskan berkata dirinya gembira
tinggal di lokasi kejadian, iaitu di Flat Sri Pulau Pinang, Cheras di
Kuala Lumpur.
Menurut Chong, cucu mangsa yang sebelum ini membuat
laporan polis juga telah menarik balik laporannya, sambil menambah tidak
ada tanda sebarang kecederaan yang dialami wanita itu.
Video
yang telah diedarkan di media sosial sejak semalam menunjukkan seorang
wanita tua berbangsa India mencangkung di lantai dan dipukul
berulang-kali oleh seorang wanita yang lebih muda.
Wanita tua itu
kemudiannya mencampakkan semangkuk air pada wanita muda itu yang
bertindak dengan menolak dan memukulnya dengan tangannya sebelum
mencapai tali pinggang kain.
Sementara itu, beberapa individu lain
dalam video itu kelihatan cuba meleraikan mereka tetapi disusuli dengan
seorang lagi gadis muda yang tambil memukulnya pula.
Perkataan mencarut dalam bahasa Tamil juga dilaporkan kedengaran dalam video itu.
Menurut
polis, mangsa mempunyai dua anak lelaki pertengahan umur tetapi enggan
tinggal bersama mereka kerana tidak rapat dengan menantunya.
Mangsa
mendakwa telah menetap di rumah itu selama kira-kira tiga bulan dan
menegaskan kepada pihak polis bahawa dia selesa di sana kerana diberi
makan dan pakaiannya dibasuh oleh suspek.
Sementara
itu, Ketua Pemuda MIC Bahagian Puchong Subash Chandra Bose memberitahu
Malaysiakini bahawa mereka juga telah melawat wanita tua itu selepas
menerima mesej dan panggilan daripada orang ramai yang menyaksikan video
tersebut.
Subash berkata, mereka juga diberitahu cerita yang sama oleh wanita itu, bahawa segala-galanya tadalah satu gurauan.
"Katanya, dia okay, gembira dan bahawa ia hanya gurauan.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment