Mukhriz masih lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan Ahmad Bashah sebagai timbalan.
PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah menegaskan beliau tetap akan melaksanakan arahan
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam hal membabitkan UMNO negeri itu.
Ahmad Bashah berkata, Mukhriz masih lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dengan beliau sendiri sebagai timbalan.
“Beliau masih Pengerusi, dan saya masih perlu bertindak sebagai
Timbalan Pengerusi.. Saya tetap terima arahan kalau diarahkan jika
bertepatan dengan dasar parti di peringkat pusat,” katanya, lapor
Bernama.
Ahmad Bashah juga menambah, tindakankannya mengetuai “pemberontakan”
terhadap Mukhriz menyebabkan perpecahan dalam kalangan
penyokong-penyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN), tetapi yakin masalah
itu akan selesai menjelang pilihan raya umum kira-kira dua tahun lagi.
“Saya yakin masalah perpaduan ini akan selesai..tetapi bukanlah dalam
masa terdekat ini. Ambil masa juga. Ini (krisis) berlaku kerana ada
insiden tidak melihat kepentingan parti. Kita pernah lalui keadaan kita
hilang kuasa selama lima tahun (2008-2013). Itu yang kita nak
pertahankan (menguasai kerajaan negeri),” katanya.
Ahmad Bashah juga menekankan bahawa tindakan beliau bukan kerana arahan daripada pihak-pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment