Mungkin berang dengan 'serangan' yang ditujukan kepadanya, anak
perempuan timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid
berkata beliau hanya akan "menunggu" di Padang Mahsyar untuk bertemu
pihak yang melakukan kesalahan terhadapnya.
Lebih
menarik pihak yang dimaksudkan Nurulhidayah itu adalah pengendali
sebuah akaun parodi yang pernah diadukan kepada Facebook sehingga
menyebabkan ia gagal diakses untuk seketika.
Melalui status dimuat
naik akaun Amran Fans, pengendalinya bertanya jika mereka boleh
mencadangkan supaya Nurulhidayah bekerja sebagai jurujual, juruwang atau
pelayan kedai makan.
Cadangan itu berkaitan kenyataan bapa
Nurulhidayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini yang
mencabar belia di Malaysia supaya melakukan 'kerja kotor' jika tidak
mahu pekerja warga asing dibawa masuk.
Malaysiakini semalam melaporkan Ahmad Zahid mencabar belia supaya menceburi "apa sahaja bidang yang ada pekerja asing" untuk diambil alih.
"Kita tolak pekerja asing," katanya merasmikan mesyuarat tahunan ke-32 Majlis Belia Selangor (MBS) di Shah Alam.
Ekoran ucapan itu, para hadirin kemudian menjerit "Setuju!".
Kata Ahmad Zahid golongan belia juga perlu mengambil alih pekerjaan di sektor perladangan, perkilangan tukang cuci.
Pengendali
Amran Fans berkata, jika anak Ahmad Zahid itu sanggup bekerja seperti
operator pusat khidmat panggilan, pasar raya atau seumpamanya barulah
boleh dinilaikan rakyat negara ini malas atau tidak.
"Ni tak, buat uji kaji ikut sedap anak tekak. Lepas tu cakap nak bawak masuk 1.5 juta Bangladesh sebab rakyat malaysia malas.
"Bapak kau! Eh memang bapak dia pun. Huhuhu.." tulis Amran Fans.
Kenyataan itu dibalas Nurulhidayah yang menulis di Instagramnya: "Kak Long tunggu jer korang cari Kak Long nanti (walaupun Kak Long tak berpayung emas sebab TAK RELA BERMADU.. ha ha ha)."
Walaupun
tidak berkenalan dengan pengendali Amran Fans di dunia ini, katanya,
beliau akan berkenalan dengan mereka di Padang Mahsyar - merujuk kepada
"pencipta dan penyampai serta penyebar fitnah terhadapnya.
"Seronok baca komen2 korang ni. Bagus. Sesuai dengan sel-sel otak yang tak berapa nak berhubung tu," tulisnya menggunakan akaun @deltanovzulu hari ini.
Malaysiakini 15/2/16
Bohsia kajang
ReplyDeleteBohsia kajang
ReplyDelete