14/2/16
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa mencabar bekas Menteri
Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengemukakan bukti beliau pernah
mengkritik kepimpinan perdana menteri sewaktu menganggotai Majlis
Tertinggi (MT) Umno.
Menurut Annuar, Mukhriz sebelum ini
menyatakan beliau meletakkan jawatan menteri besar Kedah kerana
mengkritik Datuk Seri Najib Razak demi 'berjuang untuk rakyat'.
Sehubungan
itu, ahli parlimen Ketereh itu mempersoalkan sejak bila anak kepada
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu pernah mengkritik
presiden parti sepanjang tiga tahun berada dalam Majlis Tertinggi Umno.
"Sejak
bila Mukhriz mengkritik? Tiga tahun Mukhriz duduk dalam MT, sekali pun
saya tidak dengar beliau kemuka suara rakyat. Maaf bercakap, apabila
kena pecat beliau gambarkan kena pecat kerana berjuang untuk rakyat?
"Apa
benda yang Mukhriz berjuang untuk rakyat? Jika di luar MT saya tidak
tahu tetapi di dalam mesyuarat MT tidak ada sekali pun Mukhriz bercakap
tentang permasalahan rakyat dan menegur Najib berhubung sesuatu isu.
"Jadi
saya cabar Mukhriz terangkan apakah perkara yang beliau perjuangkan
untuk rakyat dan kami dalam parti menentangnya," katanya dalam wawancara
bersama akhbar Mingguan Malaysia hari ini.
Beliau juga
meminta Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam itu mengemukakan
minit mesyuarat sekiranya pernah membawa masalah rakyat semasa dalam
mesyuarat Majlis Tertinggi.
"Apa benda di Kedah yang hendak beliau
bangunkan kita menolak? Hakikatnya tidak ada, kita ada minit mesyuarat
MT, bawa minit mesyuarat MT apa yang Mukhriz sebut bersifat membela
rakyat," katanya.
Selain itu, Annuar berkata, Mukhriz sebenarnya hilang kepercayaan daripada "kawan-kawannya" kerana berada di luar pasukan.
Annuar
berkata, keadaan itu terjadi berikutan kedudukan Mukhriz yang "serba
salah" kerana bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai masalah
peribadi dengan Najib.
"Saya memahami kedudukan beliau kerana
ayahnya mempunyai masalah peribadi dengan perdana menteri tetapi Mukhriz
harus ada pendirian.
"Kalau pendirian yang di pilih ialah menentang orang yang melantik kita, terima hakikat akan dipecat," kata Annuar lagi.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment