SELEBRITI terkenal, Afdlin Shauki melahirkan perasaan
terkejut hingga hatinya bergetar ketika diumumkan sebagai penerima
anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam oleh Selangor dalam program Gala
Aspirasi Seni, malam tadi.
Berkongsi perasaan itu, Afdlin menulis di laman Facebooknya hari ini
dan mengakui hampir menitiskan air mata ketika namanya disebut.
“Subhanallah... Dalam bertahun saya menjadi orang seni dan pelbagai
anugerah diterima. Semalam bila mereka sebut nama saya (sebagai)
penerima anugerah Ikon Penghibur Aspirasi Islam.
“Saya betul-betul terkejut. Air mata nak berlinang turun dari mata,” tulisnya.
Gala Aspirasi Seni berlangsung semalam dari jam 12 tengah hari hingga
12 tengah malam dan dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat
Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Selangor,
Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.
Mengulas lanjut, Afdlin akui bahawa anugerah itu merupakan paling bermakna dalam hidupnya sepanjang bergelar anak seni.
“Diletak sebagai seorang yang boleh menggerakkan orang ramai untuk
mendekati Islam melalui seni adalah satu penghormatan yang bermakna bagi
saya walaupun ianya tak glamor
“Insyaa-ALLAH saya akan terus istiqamah. Terima kasih Jais dan pihak penganjur semalam,” katanya.
No comments:
Post a Comment