Beliau mendakwa menjadi mangsa serangan Asri dan Shahidan sejak 2006 kerana kelantangannya mengkritik fahaman Wahabi.
BANGI: Biarpun menyambut baik salam perdamaian yang dihulurkan Dr
Asri Zainul Abidin, penceramah Zamihan Mat Zain tetap mahu Mufti Perlis
itu memberikan fakta setiap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) berkata;
“Fakta mesti dijawab dengan fakta. Tidak boleh disudahi dengan salam perdamaian.
“Kalau salam perdamaian untuk kemanusiaan, nak ajak minum teh, itu
tak ada masalah. Tetapi (setiap tuduhan) tetap perlu dijawab. Dia tuduh
saya Syiah, tapi mana buktinya?
“Walhal saya sudah beribu kali beri ceramah tentang ancaman Syiah.
Dia adalah makhluk Allah pertama yang fitnah saya Syiah,” katanya dalam
wawancara di pejabat ASWAJA, hari ini.
Beliau menjawab ‘salam harmoni dan perdamaian’ oleh Asri, dalam
sidang media selepas majlis ‘Diskusi Santai: Ekstremisme Agama di
Malaysia’ 17 Februari lalu.
Pada mulanya, acara itu mempertemukan Zamihan dan Asri tetapi dibatalkan atas arahan pihak atasan.
Zamihan mendakwa, serangan Mufti Perlis terhadapnya bukanlah perkara
baru, tetapi sudah bermula sejak 2006 ekoran kelantangannya mengkritik
fahaman Wahabi.
“Serangan ini mengulangi episod serangan 2006 (oleh Asri dan Datuk
Seri Shahidan Kassim), selepas memberi ceramah tentang bahaya Wahabi
terhadap umat Islam.
“Sudah lama saya bersabar, tetapi mereka lambung dan sepak saya seperti bola. Saya sudah serik,” katanya lagi.
Beliau menegaskan tidak pernah menarik diri dalam debat sebelum ini
dan bersedia untuk bersemuka dengan Asri bagi menegakkan kebenaran.
“Buat secara ilmiah dan tertutup, dan paling baik melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Saya akan usulkan perkara ini,” katanya lagi.
No comments:
Post a Comment