Wednesday, February 24, 2016

Bahasa terbaik Nazri, saya tak terjejas pun, kata Rafidah

Malaysiakini 24/2/16
Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kecewa dengan serangan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menyifatkannya sebagai “bukannya sesiapa pun" apabila dirinya mengingatkan rakan-rakannya tentang kisah 'maharaja tanpa baju' selepas mereka mengkritiknya kerana menegur kelemahan pentadbiran kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Ini adalah bagaimana sesetengah orang berkomunikasi, dalam bahasa yang terbaik merea,” tulisnya di laman Facebook.
“Inilah yang saya dapat kerana memberi nasihat dari hati... dengan ikhlas dan kerana sayang pada parti dan negara.
“Saya berserah kepada Allah SWT yang maha mengetahui segala-galanya

“Saya tidak jejas apa-apa! No skin off my nose, let alone my back,” katanya mengulas bidasan Nazri semalam.
“Rafidah bukannya sesiapa pun. Kita amalkan kebebasan bersuara.
“Dia nak menyalak pun lantaklah,” kata Nazri selepas Majlis Perasmian Meja bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya

1 comment:

  1. Nazri, Azalina dan mereka mereka yang seangkatan dengannya sedang ketaq lutut bakal hilang dan terlondeh kenikmatan kemewahan dijeriji besi kut ( agaknya )

    ReplyDelete