9/2/16
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran jika
rakyat Malaysia tidak menyokong industri tempatan termasuk Proton,
negara ini akan kembali menjadi negara dunia ketiga yang gagal.
Mahathir, yang juga penasihat Proton berkata membeli kereta asing akan hanya menguntungkan ekonomi negara luar.
Ini, kata Mahathir akan menyebabkan situasi di mana rakyat Malaysia tidak lagi mampu membeli barangan import.
"Dengan
mengandaikan bahawa semua industri tempatan ditutup, sedikit wang untuk
membeli barang-barang yang diimport. Kita akan kembali menjadi sebuah
negara dunia ketiga yang gagal.
"(Tetapi) apabila anda membeli
kereta tempatan, wang kekal di negara ini, pekerja mendapat wang,
pengedar, ejen dan pekerja mereka menikmati perniagaan yang mereka
jalankan dan ekonomi tempatan berkembang. Beribu-ribu keluarga menikmati
kehidupan yang baik," tulis Mahathir (Foto) dalam blognya hari ini.
Mengenai
persepsi bahawa kereta tempatan lebih mahal daripada sepatutnya, Dr
Mahathir berkata ini bukan kesalahan pengeluar, tetapi kerajaan.
"Cukai
ke atas kenderaan bermotor menyebabkan harga menjadi tinggi. Tetapi
kerajaan perlu cukai jalan raya kerana jalan raya dan infrastruktur lain
perlu disediakan oleh kerajaan," katanya.
Beliau juga menyebut
Proton telah menunjukkan kemajuan selama ini dengan kualiti kereta
tempatan kini jauh lebih baik daripada sebelum ini.
Beliau menegaskan bahawa Proton kini sedang membangunkan enjin baru untuk menggantikan enjin Campro yang lama.
Enjin baru itu kata Mahathir, sepatutnya dipasang pada kereta Proton akhir tahun depan.
selamat pagi semua...nak buat duit tanpa modal..cuma klik pada link disini http://YouthToEarn.com/?re
ReplyDelete