ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah
mempengerusikan mesyuarat Exco pertamanya selepas dilantik, 3 Februari
lalu.
Mesyuarat yang berlangsung di Wisma Darul Aman itu bermula 9.20 pagi,
dihadiri sembilan anggota Exco yang mengangkat sumpah pelantikan di
Istana Anak Bukit, Isnin lalu.
Ahmad Bashah ketika memasuki bilik mesyuarat sempat berseloroh dengan
media, "ini pertama kali saya masuk dan duduk di kerusi menteri besar
ni."
Sebelum itu, Ahmad Bashah yang tiba di pejabatnya pada 9.00 pagi,
mengambil masa sekitar 20 minit mendengar taklimat daripada Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Bakar Din.
Kali terakhir mesyuarat Exco diadakan ialah pada 27 Januari, namun
terpaksa dibatalkan di saat akhir berikutan tidak mencukupi korum Exco
bagi membolehkan mesyuarat diadakan.
Mesyuarat dipengerusikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu hanya dihadiri
tiga Exco, iaitu Datuk Aminuddin Omar, Datuk Suraya Yaacob, Datuk
Norsabrina Mohd Noor.
No comments:
Post a Comment