Ahli UMNO yang dipecat kerana mendesak Najib Tun Razak meletak jawatan akan menjadi lebih berjiwa UMNO
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Ahli UMNO tidak perlu takut jika dipecat daripada
parti kerana mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, kata
Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Presiden UMNO berkata, jika dipecat, ia bukan satu pengakhiran
kepada sebuah perjuangan menuntut keadilan sebaliknya menjadikan mereka
lebih berjiwa UMNO.
“Jadi janganlah fikir jika kita disingkir oleh Najib, habislah kita
….. Tak habis ! Kita orang Melayu, ini negara kita!,” katanya dalam satu
temubual yang disiarkan di blog dinturtle.blogspot.
Bekas Perdana Menteri berkata, bukan mudah untuk mendapatkan keadilan
dengan memberi contoh pengalamannya sendiri yang pernah dipecat UMNO.
“Bukan mudah hendak bertindak. Saya dulu biasa bertindak zaman Tunku
(Tunku Abdul Rahman) dulu, saya pun kena buang. Tapi akhirnya saya dapat
balik juga. Jadi kita jangan takut kena buang.
“(Kalau) dia buang, dalam hati kita, kita masih UMNO. Saya biasa
resign daripada UMNO tapi saya masih berjiwa UMNO. Bila saya balik, saya
balik sebagai UMNO,” tegasnya.
Dr Mahathir yang belum berputus asa untuk menjatuhkan Najib berkata,
ahli UMNO kini mempunyai platform untuk menyatakan tidak puas hati
terhadap kepimpinan UMNO menerusi Gabungan Ketua Cawangan UMNO (GKCM).
“Saya mahu gerakan ini (GKCM) aktif, kalau kita nak pergi seluruh
Malaysia mungkin (melibatkan) belanja banyak, tapi tiap-tiap negeri
mesti ada orang (wakil) yang gerakkan. Ini cukup baik,” katanya.
Video
Video
No comments:
Post a Comment