Kedutaan Perancis turut sedia maklum mengenai tahap kesihatan Anwar yang kini dipenjara untuk tempoh lima tahun.
KUALA LUMPUR: Kedutaan Perancis bersedia membincangkan isu kesihatan
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kerajaan Malaysia tetapi secara
tertutup.
Perkara tersebut disampaikan oleh Pengerusi Otai Reformis, Saari
Sungib selepas pertemuan kira-kira sejam bersama pihak kedutaan
Perancis.
“Yang kita agak terharu adalah mereka sebagai sebuah Kerajaan
Perancis, sebuah negara yang besar memperjuangkan hak asasi manusia dan
seumpamanya.
“Mereka juga nyatakan akan berjumpa dengan kerajaan Malaysia secara
tertutup,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Kedutaan Perancis, hari
ini.
Mengulas lanjut, Saari berkata, kedutaan Perancis turut sedia maklum
mengenai tahap kesihatan Anwar yang kini dipenjara untuk tempoh lima
tahun.
“Mereka mengikuti kisah perkembangan Anwar Ibrahim dan memahami suasana yang dialaminya,” ujar ADUN Hulu Klang itu lagi.
Sebelum ini, Otai Reformis telah membawa isu Anwar Ibrahim ke Kedutaan Amerika Syarikat, kemudian ke Kedutaan Perancis.
Otai Reformis kini dalam usaha untuk membawa isu Anwar ke setiap kedutaan di Malaysia.
No comments:
Post a Comment