14/2/16
Cabaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar
belia melakukan pekerjaan kotor bagi mengurangkan pergantungan kepada
buruh asing adalah kenyataan yang mencerminkan realiti semasa, kata
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini.
"Anak muda Malaysia, mereka tidak mahu ambil pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja asing.
"Terutamanya
pekerjaan yang berbahaya dan kotor," kata Khairy pada sidang media
selepas menyampaikan ucapan penutup di Sidang Kemuncak Kepimpinan dan
Aspirasi Nasional 2016 di PWTC.
Terdahulu, Zahid hari ini mencabar golongan belia melakukan pekerjaan 3D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Berbahaya) jika menolak kemasukan pekerja asing ke negara ini.
Tegasnya, jika perkara itu mampu dilakukan, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja asing termasuk warga Bangladesh.
Mengulas
lanjut, Khairy berkata beliau melihat kenyataan Zahid merupakan suatu
penjelasan terhadap permintaan buruh asing di negara ini.
"Cadangan (bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh) telah mencetuskan banyak reaksi.
"Apa
yang dikatakan oleh TPM (Zahid) adalah permintaan untuk pekerja buruh
di ladang-ladang, tapak pembinaan dan industri perkhidmatan. Kawasan di
mana tidak ada permintaan (untuk bekerja) dari pekerja tempatan.
"Jika
belia Malaysia sanggup bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan
ladang-ladang maka sudah tentu kita dapat mengurangkan pergantungan
kepada buruh asing," katanya.
Pada masa yang sama, Khairy berkata kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan industri yang kurang bergantung kepada tenaga buruh.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment