KIMMA berjuang terhadap isu levi supaya ia dapat
membawa suara pengusaha restoran yang sedang terhimpit susulan kenaikan
kos tersebut kepada pihak kerajaan.
PETALING
JAYA: Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) membidas Presiden Persatuan
Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA),Noorul Hassan Saul Hameed
kononya parti itu mempersoal kenaikkan levi untuk meraih keuntungan
politik.
Menurut Ketua Pemudanya, Harisrajudin Alaudin, Presiden KIMMA Datuk
Seri Syed Ibrahim Kader tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa
pelaksanaan levi menyebabkan harga makanan juga meningkat.
“Beliau (presiden dalam kenyataannya sebelum ini) menjangkakan
perkara itu mungkin boleh berlaku (kenaikan harga makanan apabila levi
dilaksanakan), Datuk Seri Presiden tidak mengesahkan ia akan berlaku.
Mereka perlu faham, ‘akan’ dan ‘mungkin’ dua penjelasan yang berbeza,”
katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat parti itu hari ini.
Tambahnya lagi, KIMMA berjuang terhadap isu levi supaya ia dapat
membawa suara pengusaha restoran yang sedang terhimpit susulan kenaikan
kos tersebut kepada pihak kerajaan.
Beliau juga akui bantahan itu telah dipertimbangkan kerajaan sehingga levi ditangguh sementara waktu.
Selain itu, Harisrajudin turut menyelar kenyataan PRESMA kononnya
parti itu terdesak untuk menarik sokongan masyarakat India Muslim dengan
memainkan isu levi apabila hanya mendapat sokongan 10 peratus
masyarakat itu.
“Ini tuduhan melulu dia (PRESMA), dia kata KIMMA memainkan isu levi adalah untuk meraih sokongan popular.
“Dari mana dia mendapat statistik 10% itu, saya minta dia beri bukti.
Dia hanya berhak bercakap bagi pihak ahli PRESMA sahaja dia tak ada hak
bercakap berkenaan dengan KIMMA atau kepimpinan KIMMA,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan PRESMA supaya menjaga ahli mereka
yang dihimpit kesusahan bukan secara berterusan menyerang KIMMA kerana
parti itu tidak akan sama sekali tunduk kepada desakan yang dibuat.
No comments:
Post a Comment