10 Februari 2016
BAFUT – Seorang lelaki di Cameroon mendapatkan
warisan yang tidak lazim dari ayahnya, yaitu 72 orang isteri. Kini, dia
memiliki 100 orang isteri setelah mengahwini janda-janda ayahnya.
Bukan hanya itu, Fon Abumbi II juga mendapat warisan 500 orang anak peninggalan ayahnya yang meninggal pada 1968. Berdasarkan tradisi yang
berlaku di kerajaannya , jika seseorang ayah meninggal, anaklah
mendapat warisan janda sang ayah dan wajib mengahwininya.
“Di balik seorang lelaki berjaya terdapat seorang perempuan yang jauh
lebih berjaya. Menurut tradisi kami, isteri tua diwariskan kepada sang
anak. Ini sekaligus untuk mengajarkan bahawa dia sekarang raja dan bukan
lagi anak raja,” ujar isteri ketiga Abumbi II, Ratu Constance, dilansir Mirror, Rabu (10/2/2016).
“Selama masa penjajahan dan masuknya nilai-nilai lain, perbedaan
nilai tradisional kami dengan nilai-nilai tersebut menimbulkan konflik.
Peranan saya adalah untuk menyatukan keduanya,” tambah Constance.
Raja Fon Abumbi II merupakan raja bagi masyarakat tradisional di Kota
Bafut, Cameroon. Istana yang bernama Ntoh merupakan daya tarikan bagi pelancung. Istana tersebut masuk dalam daftar 100 benda yang terancam
punah pada 2006 oleh World Monuments Fund.
No comments:
Post a Comment