Malaysiakini 29/2/16
Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan keluar Umno buat
kali kedua sebagai tanda protes terhadap Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Beliau berkata membuat keputusan itu kerana Umno
bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib
sebagai presidennya.
“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti
sebegini,” katanya dalam sidang media di di pejabatnya di Yayasan
Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, beliau akan berada di luar Umno selagi Najib memimpin parti itu.
Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.
Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti.
Mahathir
antara pemimpin yang lantang mengkritik pentadbiran Najib, terutamanya
dalam isu syarikat pelaburan negara 1MDB yang sarat hutang.
Baru-baru
ini anak beliau Datuk Seri Muhkriz juga digugurkan sebagai menteri
besar Kedah, tindakan yang dilihat sebagai reaksi balas kem pro-Najib.
Kedudukan
Najib kini dilihat semakin mencengkam dalam Umno dan kerajaan,
terutamanya selepas peguam negara membersihkannya daripada sebarang
salah laku dalam kes derma RM2.6 bilion ke dalam akaunnya dan SRC
International.
Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin,
yang dilihat hampir senada dengan Mahathir, juga telah digantung
daripada jawatannya minggu lalu.
No comments:
Post a Comment