Malaysiakini 19/2/16
Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju supaya semua parti politik
mengketepikan perbezaan masing-masing dan berganding bahu untuk
menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dedah seorang ahli
parlimen PAS.
Bercakap kepada Malaysiakini, Datuk Mahfuz
Omar berkata, ini adalah antara keputusan dan isu-isu yang dibincangkan
semasa pertemuannya selama sejam dengan bekas perdana menteri itu pagi
ini.
"Kedua-dua
kami bersetuju bahawa Najib perlu digantikan dengan segera dan
keputusan mengenai perdana menteri baru akan dibuat kemudian.
"Kami bersetuju bahawa kita harus mengketepikan perbezaan antara parti dan ideologi, kita harus lihat ke hadapan," katanya.
Menurut Mahfuz, jika isu pengganti dibincangkan ketika ini, ia mungkin menyebabkan pertikaian.
"Idea
kami sama iaitu perubahan PM mesti disegerakan, cara bagaimana, bermula
dari kesatuan semua pihak, termasuk parti-parti politik.
"Jangan
fikir dulu siapa pengganti PM, sebab kalau fikir dulu siapa pengganti
PM, makna takkan berlaku... semua pihak akan bertengkar, akan perlu ada
kepentingan politik masing-masing," katanya.
Ahli Parlimen Pokok Sena juga berkata beliau telah berjumpa Dr Mahathir atas inisiatifnya sendiri dan tidak mewakili PAS.
Menurutnya,
pembangkang boleh membiarkan Najib terus menjadi perdana menteri
sehingga menimbulkan lebih banyak rasa tidak puas hati dan marah rakyat
terhadap Umno dan BN supaya peluang mereka lebih cerah pada pilihan raya
umum akan datang.
"Dalam tempoh masa lama itu satu penganiayaan kepada rakyat akan terus berlaku.
"Saya tak sampai peringkat untuk terus menganiayai rakyat yang tertekan di bawah pimpinan Najib," katanya.
Mahfuz berkata susulan perjumpaan pagi tadi, beliau mencadangkan perbincangan lanjut dan meliputi jumlah yang lebih besar.
"Bukan hanya saya dan Tun (Dr Mahathir)... memerlukan pelan tindakan.
"Pemikiran
itu sudah ada titik pertemuan. Saya beritahu tadi perlu ada satu
pertemuan lebih besar pelbagai parti, NGO dan individu untuk kita rangka
pelan tindakan," katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui bahawa
Mahathir pada pertemuan itu tidak memberi sebarang janji atau jaminan
mengenai pelan tindakan berkenaan.
"Dia (Dr Mahathir) ambil
maklum. Bagi saya beliau seorang negarawan, walaupun ada perbezaan dalam
beberapa hal, tetapi kita ada titik pertemuan pada isu semasa.
"Bagi
saya beliau boleh panggil semua pihak bukan saja daripada pembangkang
tetapi juga di kalangan individual, BN dan NGO lain," katanya lagi
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
ReplyDeletePERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALIH
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALIH DI NOMOR INI [[[ 0823 1366 9888 ]]] SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d