KOTA BHARU - Kerajaan negeri memaklumkan pihaknya belum ada keputusan
permohonan pembinaan hotel enam bintang bernilai RM280 juta yang akan
dibangunkan berdekatan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengakui pihaknya menerima
kunjungan hormat dari Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan
(Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang menyatakan hasrat untuk
membina hotel.
“Kita akan pertimbangkan terlebih dahulu pembinaan hotel tersebut dan setakat ini, belum ada sebarang keputusan mengenainya.
“Kita akan melihat secara terperinci dari segi tanah, parkir, aliran
trafik dan kita bawa kepada Perbadanan Stadium dahulu kerana di sana
terdapat ahli perbadanan yang teknikalnya terdiri daripada Majlis
Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam (MKPKB-BRI), Jabatan Kerja Raya
(JKR), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Sukatan yang akan
berbincang di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran
Pembinaan Masjid dan Kutipan Derma Masjid Mukim Nilam Baru, di sini,
hari ini.
Baru-baru ini, Dr Vida mengakui beliau terpaksa menunggu ‘lampau hijau’
daripada kerajaan Kelantan terlebih dahulu bagi membangunkan sebuah
hotel bertaraf enam bintang bernilai RM280 juta.
Dalam cadangan tersebut, pembinaan hotel 19 tingkat berkenaan bakal
dilengkapi kemudahan sukan dan riadah, selain dilengkapi masjid bagi
memudahkan orang ramai yang berkunjung ke hotel ataupun menyaksikan
perlawanan di Kota Bharu.
Bagaimanapun, Ahmad berkata, pihaknya perlu melihat beberapa sudut
supaya pembinaan hotel itu biarlah tepat dan mampu menyelesaikan
masalah.
“Kita akan lihat terutama stadium itu sendiri sudah berusia lebih 50
tahun, juga perlu melihat di sekitarnya ada hospital serta pembangunan
yang kini dijalankan KelMedic dekat Hotel Perdana.
“Untuk buat semua itu (hotel), ia memerlukan ruang, sedangkan ruang
agak tidak mencukupi dengan idea yang dicadangkan dia (Dr Vida),”
katanya.
Kata beliau, pihaknya perlu melihat beberapa sudut supaya pembinaan tersebut memang tepat serta boleh menyelesaikan masalah.
“Sekiranya ia menambah masalah aliran trafik contohnya, juga mengganggu
pembangunan di stadium, kita akan buat keputusan nanti,” katanya.
Sinar Harian
Mencari cara untuk menambahkan pendapatan bulanan anda?Ini caranya,anda tidak perlukan MODAL,anda tidak perlu keluar rumah.Janji anda mempunyai internet dirumah sudah bagus...KLIK LINK DISINI http://YouthToEarn.com/?ref=200943
ReplyDelete