Malaysiakini 17/2/16
Seorang wanita berusia 33 tahun disyaki menawarkan khidmat seks di
hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa negeri seluruh negara
ditahan di hotel di Melaka Raya, Sabtu lepas.
Ketua Penguat Kuasa
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Rahimin Bani berkata wanita itu, yang
menggunakan nama samaran 'Miss Nora', menawarkan aktiviti tidak bermoral
menerusi media sosial dengan meminta pelanggan membuat bayaran deposit
sebelum 'menempah' perkhidmatan itu.
Beliau berkata wanita yang
masih berstatus isteri itu berasal dari Pulau Pinang, ditahan menerusi
serbuan anggota penguatkuasa JAIM hasil aduan orang awam, kira-kira jam
10.55 malam di bilik hotel berkenaan.
"Hasil pemeriksaan di bilik
tersebut kami menemui sebotol pelincir, 14 kondom termasuk satu telah
digunakan, wang tunai lebih RM6,000 dipercayai hasil aktiviti pelacuran
yang dilakukannya, dua telefon bimbit serta sebuah laptop," katanya
kepada pemberita di Melaka hari ini.
Rahimin berkata sebuah buku
log mencatatkan jadual perkhidmatan seks di setiap negeri yang
ditawarkan wanita itu turut ditemui di bilik hotel tersebut.
Beliau percaya wanita itu bergerak ke setiap negeri secara bersendirian dengan menaiki bas.
Katanya
wanita itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 75 Enakmen
Kesalahan Syariah Melaka 1991 kerana melacurkan diri dan boleh didenda
RM2,000 atau penjara dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.
- Bernama
No comments:
Post a Comment