Sinar Harian
SHAH ALAM - Selepas disingkirkan daripada barisan kabinet dan jawatan
Timbalan Perdana Menteri nasib Timbalan Presiden Umno,Tan Sri Muhyiddin
Yassin seolah-olah seperti dipinggirkan daripada terus 'bersama rakyat'.
Menerusi kenyataan di Facebooknya, Muhyiddin meluahkan rasa sedih,
kerana dilarang berucap dalam satu program Liga Bola sepak Belia
Komuniti Subang Jaya, semalam.
"Saya telah diundang oleh Kelab Sukan Komuniti Subang Jaya untuk
melancarkan Liga Bola sepak Belia Komuniti Subang Jaya di SMK USJ 4
petang tadi (semalam) .
"Malangnya, saya diberitahu pihak sekolah telah menerima arahan
daripada pihak tertentu untuk mengarahkan penganjur supaya tidak
membenarkan saya berucap. Tidak mengapalah. Saya telah menjangkakan
perkara ini akan berlaku," katanya.
Namun ujarnya,walaupun tidak diberi peluang berucap, beliau masih mampu untuk bersama mereka bagi meraikan tetamu yang hadir.
"Saya sempat beramah mesra dengan tetamu yang hadir sebelum berangkat
pulang. Tahniah dan selamat bersukan saya ucapkan kepada anak-anak yang
mengambil bahagian dalam acara yang dianjurkan," katanya.
No comments:
Post a Comment