Malaysiakini 23/2/16
Semalam, Nazri
berkata Muhyiddin melakukan serang berterusan yang dianggap melampau ke
atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah presiden
Umno.
Justeru, katanya, beliau akan membawa cadangan kepada
jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) akan
datang agar Muhyiddin digantung dari jawatannya sebagai timbalan
presiden parti.
“Saya nak cadang gantung jawatan dan bukan keahlian Muhyiddin.
“Kita
hadapkan kepada lembaga disiplin terpulang kepada mereka untuk ambil
tindakan apa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Meja
bulat Imam Kebangsaan di Putrajaya.
Menurutnya, tindakan Muhyiddin itu juga menyukarkan Umno dan BN untuk fokus sebagai sebuah pasukan bagi membantu rakyat.
“Kita nak buat kerja sebab rakyat lebih penting jadi kita kena fokus sebagai pasukan untuk bantu presiden untuk membantu rakyat.
“Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap macam anjing yang duduk gigit kaki kita susah lah,” katanya.
Boleh lawan bila-bila masa
Kata
Nazri, sekiranya Muhyiddin tidak lagi boleh menyokong pentadbiran Najib
selaku presiden Umno, beliau perlu melepaskan jawatannya.
“Kita pilih (Muhyiddin) dulu sebab nampak boleh bantu presiden, kalau dia (Muhyiddin) sudah tidak boleh sokong jadi berhentilah.
“Kita
marah sebab dia hentam pemimpin, jadi kalau saya hentam dia juga, saya
pun sama juga (dengan Muhyiddin) sebab tu saya suruh dia berhenti. Saya
boleh lawan dengan dia bila-bila masa,” katanya.
Nazri yang juga
menteri pelancongan dan kebudayaan berkata bukan hanya Muhyiddin seorang
sahaja bekerja untuk kepentingan rakyat sebaliknya seluruh pemimpin
juga membuat perkara yang sama.
“Kalau
dia kata dia buat atas kepentingan rakyat, dia fikir tuhan hantar dia
ke bumi ni seorang sahaja untuk jadi wakil rakyat. Saya wakil rakyat
juga, Najib pun…
“Kalau dia kata dia buat ni sebab takut tuhan,
dia nak cakap kita tak takut tuhan? Kita ni semua saya, Najib dan (Datuk
Seri Ahmad) Zahid (Hamidi) bukan Islam?,” soalnya.
Bangang Nazri Dick Head....
ReplyDelete