1MDB sepatutnya mengambil tindakan dengan menyaman
Wall Street Journal dan Pengarang Kewangannya Ken Brown berhubung
tuduhan terbaru mereka.
PORT DICKSON : Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal sebab di sebalik
ketakutan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaman Wall
Street Journal (WSJ) berhubung tuduhan terbaru yang dilemparkan terhadap
syarikat terbabit.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, syarikat tersebut sepatutnya
mengambil tindakan dengan menyaman WSJ dan Pengarang Kewangannya, Ken
Brown.
“Apahal takut? Ambil tindakan dan saman. Bukan sebab suka-suka nak dia ambil tindakan, kita nak tahu apakah cerita ini betul.
“Selagi tiada tindakan, yang akan bermasalah ialah parti dan kerajaan kerana orang hilang kepercayaan..betul tak?,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah
Kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang PT3 Tahun 2015 Yang Mengikuti Tuisyen
Percuma di Balai Raya Taman Duyong Intan di sini hari ini.
Muhyiddin yang juga merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri
mengimbas bahawa sebelum ini juga 1MDB pernah menyatakan mahu menyaman
WSJ tetapi sehingga kini tidak berbuat demikian.
“Dulu dah kata nak saman, tak saman. Bila keluar berita tak betul tak
saman. Orang sana dok menunggu. Dia kata bila kamu nak saman saya?,”
katanya.
Pengarang kewangan WSJ Ken Brown dalam wawancara bersama ABC News
Australia baru-baru ini berkata, wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam
akaun peribadi Perdana Menteri bukan daripada keluarga Diraja Arab
Saudi sebaliknya datang daripada pelbagai syarikat berkaitan 1MDB.
“Laporan kami selama berbulan-bulan menunjukkan wang itu bukan dari
Arab Saudi tetapi dari syarikat dan akaun bank yang mempunyai hubungan
dengan 1MDB.”
No comments:
Post a Comment