Malaysiakini 18/2/16
Kedutaan AS menerima memorandum daripada gabungan 38 pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan parti politik untuk dihantar kepada lima anggota
tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi meminta bantuan
membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.
Memorandum itu diterima oleh wakil Duta AS di Kuala Lumpur hari ini setelah menerima kunjungan 12 wakil gabungan berkenaan.
Seorang daripada mereka ialah ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib.
Ketika dihubungi Malaysiakini
Saari berkata, mereka mengadakan berbincang panjang berkaitan
pembebasan Anwar dan hak perubatan bekas ketua pembangkang di parlimen
itu.
Saari juga menghargai pendirian AS yang tidak mencampuradukkan isu politik dengan hak kemanusiaan.
“Kami berterima kasih kepada AS kerana menerima memorandum dengan baik dan bersetuju mengenai hak Anwar mendapatkan rawatan.
“Pihak kedutaan langsung tidak menyentuh mengenai isu politik sebaliknya hal-hal yang melibatkan kesihatan Anwar,” katanya.
Mengulas
lanjut, Saari berkata, walapun Kedutaan AS menyokong Malaysia namun
mereka tetap sependapat bahawa Anwar patut dibebaskan dari segi hak
kemanusiaan.
Jelasnya selepas ini, gabungan NGO dan parti
pembangkang itu akan berkunjung ke lima kedutaan lain iaitu Perancis,
China, Rusia dan Britain bagi tujuan yang sama.
Antara anggota
yang menyertai gabungan NGO menyerahkan memorandum itu ialah PKR, DAP,
Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan kumpulan
Otai Reformasi.
Turut hadir salah seorang anak Anwar, Nurul Nuha.
No comments:
Post a Comment