Polis akan memanggil anak lelaki bekas Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin berkaitan post di Instagramnya yang didakwa
merendahkan imej pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam
tweetnya mengenai perkara itu hari ini, Ketua Polis Negara Tan Sri
Khalid Abu Bakar polis akan memanggil Farhan Yassin untuk menjelaskan
apa yang dimaksudkan dengan (gambar beg wang) diletakkan di atas lambang
PDRM yang dimuat naik dalam akaun Instagramnya.
Harimau, yang dipaparkan pada lambang itu, didakwa telah digantikan dengan gambar beg wang.
Semakan terhadap akaun Instagram Farhan, bagaimanapun tidak menemui post tersebut kerana nampaknya telah dikeluarkan.
Bapa
Farhan, Muhyiddin, telah dipecat daripada jawatan timbalan perdana
menteri itu selepas beliau menjadi semakin vokal terhadap pengendalian
Perdana Menteri Najib Abdul Razak dalam kemelut 1MDB.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment