Seorang putera kepada Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud adalah
individu yang menderma RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Abdul Razak, demikian menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohamad
Apandi Ali.
Bagaimanapun, beliau enggan memberikan identiti
penderma tersebut. Raja Abdullah yang meninggal dunia Januari tahun
lepas, mempunyai sembilan anak lelaki dan 10 anak perempuan.
"Kami tahu nama (penderma itu). Dia bukan Almarhum Raja Saudi tetapi anak raja itu. Dia masih hidup," AG dipetik oleh Sinchew Daily sebagai berkata dalam satu temubual eksklusif.
Apandi
berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah mendapat
satu kenyataan daripada penderma tersebut seperti yang diperincikan
dalam laporan badan anti-rasuah itu.
Beliau juga menegaskan bahawa
motif di sebalik sumbangan itu tidak penting kerana derma seumpama itu
tidak salah di bawah undang-undang Malaysia.
"Mengapa orang
bertanya tentang sebab derma itu diberi? Anda perlu bertanya kepada
pendermanya. Dia ada berbilion-bilion. (Jika) dia mahu memberikan wang,
apa masalahnya?
"Ini adalah wang dia dan urusan peribadinya. Kami
tidak mempunyai undang-undang untuk menyatakan bahawa menerima sumbangan
politik adalah haram," kata Apandi.
Malaysiakini
Kalau Putera Turki anak kepada Raja Abdullah yang menderma bermakna ada yang tak kena sebab Putera tersebut mempunyai kepentingan dalam PetroSaudi yang mana PetroSaudi adalah syarikat yang mempunyai kepentingan dalam 1MDB.
ReplyDelete