Rafizi mahu Azeez meletakkan jawatan agar seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji.
PETALING JAYA : Rafizi Ramli mengulangi desakannya agar Datuk Seri
Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Tabung
Haji (TH) bagi membolehkan seorang tokoh bukan politik dilantik ke
jawatan itu.
Naib Presiden PKR itu berkata demikian kerana berpendapat TH sebaiknya tidak mempunyai campur tangan politik.
“Saya mengulangi desakan saya supaya beliau meletakkan jawatan agar
seorang tokoh bukan politik dilantik menjadi Pengerusi Tabung Haji,”
katanya menerusi kenyataan hari ini.
Rafizi menambah, beliau akan terus mendedahkan tiga lagi pelaburan TH
yang mengalami kerugian besar dalam tempoh masa tiga hari akan datang
bermula esok.
Sabtu lalu, Abdul Azeez meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan fitnah mengenai TH.
Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat,
terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik
semata-mata.
Tambahnya, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.
No comments:
Post a Comment