Ia adalah kaedah terbaik bagi menggantikan ahli politik lama, sekali gus memulihkan rasa bangga rakyat Malaysia.
PETALING JAYA: Rakyat perlu mencuba menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap berwibawa untuk menerajui negara.
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata hanya dengan
tindakan sedemikian, maka ahli politik lama yang menerajui negara dapat
digantikan.
“Daripada meletakkan tenaga untuk menjatuhkan seseorang, rakyat boleh
mencuba untuk menaikkan seseorang ahli politik yang dianggap mereka
berwibawa untuk menerajui negara.
“Kerana naiknya seorang yang baru, maka akan gugurlah yang lama,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.
Tuan Ibrahim berkata, rakyat perlu tegas dan berani menyatakan
bantahan terhadap penyelewengan, salah guna kuasa dan penipuan oleh
kerajaan dan pembangkang.
Rakyat juga harus menghantar mesej kepada ahli politik untuk berusaha dan bekerja bagi mendapatkan undi mereka.
“Gunakan media sosial sebaik mungkin secara bertanggungjawab sebagai
medium pendesak. Segalanya kini terletak di bahu rakyat,” katanya.
No comments:
Post a Comment