Persoalan itu timbul apabila wujud desas-desus pada
PRU13 lalu yang mendakwa 40,000 pekerja Bangladesh diberi kad pengenalan
untuk mengundi.
PETALING JAYA : Aktivis selebriti, Abdul Rani Kulup Abdullah mendakwa
kemasukan 1.5 juta Bangladesh untuk bekerja negara ini kemungkinan
besar berunsurkan politik dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-14 (PRU14).
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) membuat tekaan
itu berdasarkan desas-desus ketika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu
apabila dikatakan 40,000 warga Bangladesh diberikan kad pengenalan
untuk mengundi.
“Kita bukan menuduh tapi desas-desus ini yang kita dengar. Tapi tak
mungkin benda ini boleh berlaku. Namun kita bimbang ini berlaku.
“Warga asing ini pandai. Mereka berkahwin dengan warga tempatan.
Gadis-gadis Melayu ini suka dengan Bangladesh. Mereka akan cuba
berkahwin dengan orang Malaysia. Dapatlah hak-hak warganegara,” katanya.
Rani Kulup atau mesra dipanggil “ayah” berkata, jurang perbezaan
ekonomi warganegara dan warga asing semakin dekat dari semasa ke semasa.
“(Sebagai contoh) kalau makan di kedai mamak, kita makan mee sepinggan RM3, diorang pun bayar RM3.
“Mereka pergi tempat beli belah yang besar seperti Tesco umpamanya
sama dengan rakyat Malaysia, jadi mana kelebihan rakyat tempatan dengan
mereka?, soalnya.
Susulan itu, Rani Kulup berkata, beliau akan membuat laporan polis terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mahu membawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh ke negara ini.
Ini kerana katanya, kemasukan warga Bangladesh hanya mengundang
bahaya kepada rakyat tempatan dan menyumbang kepada masalah jenayah.
“Ayah akan buat laporan polis minggu depan kerana KDN mahu bawa masuk orang Bangladesh ke negara ini.
“Dulu mereka jarang-jarang kita nampak, di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan.
“Bila mereka dah datang ini sangat bahaya dari segi keselamatan,
kalau yang datang itu kelompok yang kecil, mereka masih boleh
menghormati rakyat negara kita.
“Kalau datang dalam kelompok yang ramai mereka akan gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya.
No comments:
Post a Comment