Malaysiakini 25/2/16
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu semua pekerja memakai batik setiap hari Khamis.
Katanya, dalam usaha menggalakkan industri batik itu, adalah penting untuk mewujudkan permintaan.
"Pada masa ini, kakitangan kerajaan digalakkan memakai batik setiap hari Khamis.
"Untuk
tujuan ini, saya gesa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan
sektor swasta supaya menggesa kakitangan mereka untuk juga memakai batik
pada hari yang sama setiap seminggu," kata Rosmah pada majlis
pelancaran hari kraf kebangsaan di Kuala Lumpur hari ini.
Menurutnya, terdapat 462 GLC pada masa ini yang mempunyai kira-kira 100,000 kakitangan.
"Cuba
bayangkan berapa banyak permintaan akan ada bagi produk batik. Ini akan
membantu mengembangkan industri batik tempatan," katanya
No comments:
Post a Comment