Saifuddin berharap debat itu disiar secara langsung
di TV dan rakyat, termasuk bukan Islam, tidak sebodoh yang dianggap
sesetengah pihak.
PETALING
JAYA: Datuk Saifuddin Abdullah tetap berpendirian diskusi antara Mufti
Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Maza) dan Presiden Pertubuhan
Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin pada 17 Februari
ini wajar disiarkan secara langsung di televisyen.
Dalam kolumnya di akhbar Sinar Harian hari ini, Ketua Setiausaha
Pakatan Harapan berpandangan rakyat Malaysia sudah cukup matang untuk
menilai pandangan yang berbeza dan membuat keputusan sendiri.
“Saya berharap supaya debat ini tidak mengulangi nasib debat Umno-Pas
(pada 1990-an) yang dibatalkan pada saat akhir kerana arahan pihak
atasan.
“Saya juga berharap ia disiar secara langsung di TV. Rakyat, termasuk
bukan Islam, tidak sebodoh yang dianggap sesetengah pihak, yang
sebenarnya hanya mahu meneruskan status quo, iaitu semuanya dibuat
secara tertutup dan rahsia (rasmi) serta memonopoli maklumat,” katanya.
Diskusi bertajuk “Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Diskusi” itu
dijadual diadakan di di Dewan Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya secara
tertutup dan dengan kehadiran terhad.
Sebelum itu, beberapa pihak menyoal kewajaran debat itu diadakan
termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir
Baharom yang berpendapat ia boleh mencetuskan persengketaan dalam
kalangan umat Islam.
Malah, Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM), Amir
Amsaa Alla Pitchay pula ketika dihubungi FMT sebelum ini menyifatkannya
sebagai tindakan yang tidak berfaedah.
Walau bagaimanapun, Saifuddin pula menyifatkan debat atau diskusi sebagai sebahagian daripada tradisi Islam.
“Menurut surah an-Nahl ayat 125 dalam Al-Quran, ‘Dan serulah mereka
ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana dan pengajaran yang baik; dan
berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik’,” kata bekas
timbalan menteri pengajian tinggi itu.
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih
ReplyDelete