11/2/16
Laman penyokong Datuk Seri Najib Razak mempersoal pendekatan PAS
terhadap seorang wakil rakyatnya yang memakai pakaian dewa Cina dalam
sambutan tahun baru Cina di Kepong baru-baru ini.
MYKMU
membandingkan langkah keras PAS terhadap Najib pada 2012 yang dibidas
teruk selepas memakai kurta dan kalungan bunga dalam perayaan Thaipusam
di Batu Caves.
“Pemuda
PAS waktu itu paling hebatnya, siap minta campur tangan majlis fatwa
lagi. Niatnya tidak ada lain, nak tuduh Najib hina Islam.
“Tapi hari ini, bila ada ADUN PAS sendiri yang berpakaian seperti dewa, tiba-tiba seluruh organisasi PAS jadi bodoh.
“Menganga macam itu sajalah, tak tahu nak cakap apa,” menurut laman itu.
Dewan Ulama PAS kelmarin menganggap isu pakaian anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Khairuddin Othman (gambar) sebagai salah faham.
Timbalan
ketuanya Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata dewan itu
merasakan ia tidak bertujuan melanggar batasan agama, memperkecil atau
mempersenda syariat Islam.
Terdahulu, Khairuddin dilapor
menghadiri majlis perayaan tahun baru Cina di Kepong dengan memakai
pakaian menyerupai seorang dewa Taoisme, yang disangkanya 'maharaja
China'.
'DAP pun tak buat'
MYKMU
berkata langkah itu menunjukkan PAS hanya sebuah parti politik dan
tiada kaitan dengan agama dan “semata-mata kerana kuasa dan undi, bukan
sebab nak bawa sesiapa masuk syurga”.
Laman itu juga mempersoal
kenyataan Dewan Ulama PAS yang dilihat melepaskan pemimpin PAS Selangor
itu atas alasan tiada niat menghina Islam.
“Wah, wah, wah, dah
pakai macam itu pun masih kata tidak berniat lagi? Bodoh punya alasan tu
(tak berniat) kalau nak diikutkan, tapi sebab sama sama geng, terima
sajalah ya.
“Jangan kalau Najib yang buat, tak ada kaitan hina agama pun dikatakan hina agama,” menurut tulisan itu.
MYKMU mengaitkan langkah itu dengan tindakan PAS yang masih bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan Selangor.
“Sebab
itu jangan bersekongkol dengan DAP dan bertuhankan undi, macam inilah
jadinya. Ironinya, orang DAP pun tak buat macam ini (pakai macam dewa),
PAS pula yang berlebih-lebih,” menurut MYKMU lagi.
Malaysiakini
2x5 je engkau org tu.mentekedarah rasuah penipu najib tak nampak pun..
ReplyDelete