5/2/16
Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bagaikan
menempelak bekas pemimpinnya, Tan Sri Rafidah Aziz yang didakwa
menyimpang daripada nasihat yang selalu diberikan suatu ketika dulu.
Shahrizat
yang menulis di Facebook berkata, kenyataan Rafidah itu tidak mengikut
nasihat yang selalu diberikan sebelum ini, iaitu sentiasa taat dan patuh
kepada pemimpin.
“Saya amat hairan dan geleng kepala melihat
membaca posting beliau. Selama 22 tahun Tan Sri Rafidah memimpin Wanita,
kami sering diingatkan supaya sentiasa disiplin dan taat patuh kepada
kepimpinan parti terutama kepada presiden.
“Prinsip
ini seolah-olah telah digadai (apabila) kini beliau pula secara terang
menyangkal kepimpinan Presiden Umno dan membuat pelbagai persepsi dan
andaian terhadap isu yang berlaku di dalam parti dan kepimpinan negara,”
kata Shahrizat.
Kenyataan penasihat khas kepada perdana menteri itu dibuat bagi mengulas kenyataan Rafidah semalam.
Rafidah
yang juga bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri
berpendapat kemelut politik di Kedah ekoran penyingkiran Datuk Seri
Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar menggambarkan ketamakan sesetengah pihak terhadap jawatan dan kuasa.
Wanita tak mudah goyah
Malah
Rafidah yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Wanita Umno itu berkata
sesebuah parti politik boleh hancur disebabkan sikap mengejar pangkat
dan kuasa.
Rafidah sudah beberapa kali tampil membuat teguran terbuka mengenai corak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Langkah itu dilihat seolah-olah menunjukkan beliau berpihak kepada bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas
Shahrizat, Rafidah yang dikenalinya kini seakan-akan terjebak dengan
permainan pembangkang bagi melemahkan parti Melayu itu.
“Sayang
seribu kali sayang, Tan Sri Rafidah yang dulu kebal dengan prinsip, kini
seakan terjebak dengan permainan pembangkang untuk melemahkan parti,”
katanya.
Kata Shahrizat, Wanita Umno akan terus istiqamah memegang
prinsip kesetiaan dan menyokong kepimpinan Najib sebagai Presiden Umno
dan Perdana Menteri Malaysia.
Langkah itu, katanya, dibuat kerana
Najib amat mengambil berat tentang perjuangan parti dan menjaga rakyat
dengan baik "di kala seluruh dunia menghadapi cabaran".
“Kesetiaan Wanita Umno kepada presiden dan parti tidak mudah digoyah,” katanya.
Malaysiakini
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
ReplyDeletePERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 313 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d
DULUNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI
PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA
KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKA SENDIRI.KARNA ANGKA
YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH
DPT 450 JUTA.DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL,DAN KEPERCAYAAN
ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SKRAG SY TEMUKAN
ORANG YG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU AKI ALHI
JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA
HUBUNGI LANSUNG AKI ALHI DI NOMOR INI_082 313 669 888_SAYA
SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN.
KLIK DISINI 4d 5d 6d