12/2/16
Bekas komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama
individu yang kononnya cuba merasuah atau memujuk beliau mengaitkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya
Shaariibuu.
Menurut sumber Malaysiakini, lima nama telah
disebut. Bagaimanapun, sumber itu berkata, pihaknya enggan mendedahkan
identiti pihak yang dinyatakan itu buat masa ini.
Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.
"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.
"Sesetengah
daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang
lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.
"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Sebelum
ini dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi
dakwaan peguamnya bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak dinamakan.
Walaupun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia adalah jelas merujuk kepada perdana menteri.
Dalam video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil ketika dibunuh.
Sirul
sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh
Altantuya - seorang wanita warga Mongolia - namun dia melarikan diri
dari Malaysia ke Australia.
Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen.
Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia.
Malaysiakini
Mencari cara untuk menambahkan pendapatan bulanan anda?Ini caranya,anda tidak perlukan MODAL,anda tidak perlu keluar rumah.Janji anda mempunyai internet dirumah sudah bagus...KLIK LINK DISINI http://YouthToEarn.com/?ref=200943
ReplyDelete