Malaysiakini 27/2/16
Umno Bahagian Pagoh menolak keputusan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT)
Umno yang menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan
presiden parti itu.
Umno bahagian itu berkata keputusan tersebut
tidak mengikut saluran berperingkat seperti yang termaktub dalam
perlembagaan parti itu.
"Umno Bahagian Pagoh yang bermesyuarat
pada hari ini, 27 Febuari 2016 yang dipengerusiakan oleh Timbalan Ketua
Umno Bahagian Pagoh memutuskan menolak keputusan MT menggantung Tan Sri
Muhyiddin Yassin," kata Umno bahagian tersebut dalam kenyataannya hari
ini.
Katanya, perlembagaan parti mengikut Fasal 20 disiplin telah
dilanggar oleh MT dan juga presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang
mengetepikan amalan demokrasi dalam parti Melayu itu.
"Tan Sri
Muhyiddin telah dipilih oleh ahli parti dan ahli parti seluruh negara,
makanya tindakan MT telah mengkhianati ahli Umno," katanya.
Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden.
Ia kerana Muhyiddin dilihat tidak menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno.
Selain
itu Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Najib berkenaan syarikat
pelaburan negara 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion.
Sementara
itu, Umno Bahagian itu mendesak supaya Ahli MT Datuk Seri Nazri Abdul
Aziz diambil tindakan disiplin ekoran menggunakan bahasa kesat terhadap
Muhyiddin.
"Umno Pagoh juga mahukan Nazri Aziz, ahli MT yang
dilantik yang menggunakan bahasa-bahasa kesat terhadap Tan Sri Muhyiddin
Yassin diambil tindakan disiplin," katanya
No comments:
Post a Comment