Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berharap
siasatan ke atas 1MDB dapat diselesaikan sebelum beliau meninggalkan
pejabatnya pada 30 April ini.
Dengan cara ini, katanya, pengganti beliau boleh memulakan tugas dengan rekod yang bersih.
"Itu
yang saya nyatakan dan ke arah itu hala tuju usaha saya - untuk
menyelesaikannya (siasatan 1MDB) semasa dalam tempoh perkhidmatan saya,
supaya gabenor selepas ini boleh memulakan tugasnya dengan rekod
bersih," katanya.
Beliau
mengulas soalan wartawan sama ada beliau berharap isu 1MDB akan
dimuktamadkan sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir selepas majlis
pecah tanah Asia School of Business, dengan kerjasama MIT Sloan School
of Management di Kuala Lumpur hari ini.
Zeti pada sidang akhbar
itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai status siasatan BNM berhubung
ketidakupayaan 1MDB membawa pulang ‘dana asing’.
1MDB dilaporkan enggan mematuhi arahan menghantar pulang dana itu kerana telah menggunakannya.
BNM
telah membatalkan tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah
Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953, untuk pelaburan luar negara berjumlah
AS$1.83 bilion.
"Tiada apa yang diputuskan dan terlalu awal untuk ulas," katanya.
No comments:
Post a Comment