25 Jun 2016
SHAH ALAM – Tanggal 24 Jun bakal menyaksikan titik hitam dalam sejarah
Umno di mana pastinya parti itu akan terkubur dan dimuziumkan selepas
ini, dakwa Presiden Gabungan Ketua Cabang Malaysia (GKCM), Kamarul Azman
Habibur Rahman.
Menyifatkan pemecatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin
dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai
tindakan paling ganjil dalam Umno, beliau berkata, Umno bakal berdepan
dengan tragedi paling buruk pernah berlaku dalam parti itu.
“Ini merupakan pemecatan paling ganjil dalam Umno, malahan pada mana-mana parti politik dalam peradaban manusia di dunia ini.
“Belum pernah berlaku dimana yang dipecat digantung keahlian adalah
mereka yang bersuara tentang salahlaku pemimpin dan bukannya terhadap
pemimpin yang melakukan salahlaku. Ini merupakan satu perkara yang akan
ditertawakan oleh seluruh dunia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin, Mukhriz dipecat, Shafie digantung jawatan]
Katanya lagi, pimpinan Umno sepatutnya sedar pemecatan Muhyiddin dan
Muhkriz serta penggantungan keahlian Datuk Seri Shafie Apdal akan
melahirkan banyak persoalan.
Ujarnya lagi, rakyat secara jelas akan melahirkan banyak persoalan
terhadap integriti Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden Umno.
“Pemecatan Muhyiddin dan Muhkriz serta penggantungan Shafie akan mempunyai tempias negatif terhadap Majlis Tertinggi Umno.
“Majoriti rakyat memandang kemenangan BN dalam pilihan raya kecil itu
sebagai sesuatu yang mengecewakan mereka. Justeru mereka menanti PRU 14
dengan tidak sabar untuk mengajar BN. Amarah ini akan menjadi seperti
gunung berapi yang menanti saat untuk memuntahkaan laharnya,” katanya
lagi.
No comments:
Post a Comment