Sinar Harian
24 Jun 2016
PUTRAJAYA - Adat pemberian gula-gula politik dari BN terutamanya dalam
siri kempen pilihan raya ialah berlandaskan kepada kemampuan dan habuan
itu adalah relevan.
Timbalan Pengerusi MPN, Prof Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin
dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kerajaan persekutuan
memperuntukkan RM 3 juta untuk pembangunan setiap kawasan dengan tujuan
membaik pulih dan menaik taraf keperluan rakyat.
“Jadi setiap kali turun berkempen mereka umum dan luluskan peruntukan
daripada jumlah itu malah jika dicampur dengan bajet disalur kepada
kawasan Parlimen dan Dun ia mencecah RM10 juta. Sebab itu wakil rakyat
BN senang-senang saja lulus.
“Gula-gula itu biasanya bina atau naik taraf sekolah, stesen bas, turap
jalan ke masjid tanpa perlu tunggu peruntukan daripada kerajaan
persekutuan, duit itulah mereka guna untuk penuhi kehendak penduduk
setempat,” katanya ketika sidang media selepas perbincangan meja bulat
pengundi ‘Transformasi Pengundi Malaysia menjelang PRU 14,’ di
Kementerian Pengajian Tinggi, hari ini.
Beliau menyifatkan insentif kerajaan itu tidak salah dan normal dalam setiap gerak kerja kempen pilihan raya.
“Pembangkang tak ada apa nak bagi gula-gula. Lagipun rakyat pun tunggu
dan tagih gula-gula itu, parti dan ahli politik pun memang nak bagi,”
katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (MPN), Prof Datuk Dr Raduan Che
Rose berkata, mana- mana pihak dibenarkan memberi gula-gula untuk meraih
undi.
“Kerajaan Selangor kalau nak bagi (gula-gula) pun boleh sebab mereka
mampu. Biasalah PRK kawasan tumpuan sebab itu orang ramai datang bagi
‘goodies’,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, rakyat tetap menilai track record
sepanjang pemerintahan lima tahun itu bukannya hanya mengharapkan
gula-gula.
Ada kita dengar mereka ini komen skandal Najib 1MDB? Faham-faham ajelah, mereka pun nak cari makan macam Hasan PAC tu.
ReplyDelete