Wednesday, August 31, 2016

Gara-gara Najis Tumpah ke Lantai, Ayah Seterika Muka dan Kemaluan Kanak-kanak 5 Tahun. Kejamnya


The-victim (1)
via WWWN- wajah kanak-kanak perempuan lima tahun yang menjadi korban penganiayaan ayahnya di Lagos, Nigeria.
LAGOS   - Amarah yang tak terkawal kerap menyebabkan orang melakukan hal di luar akal sehat, dan lalu menjerumuskan dia ke dalam masalah yang lebih besar.

Seorang ayah di Lagos, Nigeria, ditangkap polis  kerana menganiaya anak perempuannya yang masih berusia lima tahun.

Tak masuk di akal sehat. Lelaki bernama Surakat Idowu (45) itu menghantam wajah dan kemaluan anak itu dengan seterika panas.
Akibatnya, muka dan organ vital anak perempuan itu pun melepuh terbakar.

Padahal, persoalan yang memicu amarah si ayah terbilang kecil, dan pasti pernah dialami oleh ramai orangtua. Anak perempuan itu hanya menjatuhkan tinjanya ke lantai. 
Idowu selama ini memegang hak asuh bagi anaknya, setelah dia bercerai dengan isterinya dua tahun lalu.
  
Lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu, naik pitam ketika anaknya itu menumpahkan pispot berisi tinja ke lantai.
Awalnya, dia menyuruh anak itu untuk membuang kotoran tadi ke dalam tandas. Entah mengapa, isi pispot itu tumpah dan mengotori jubin.
Seorang tetangga yang mendengar teriakan kanak-kanak itu, langsung datang mendekat dan memberikan pertolongan.

Anggota Polis di Lagos, seperti dikutip laman WWWN, Selasa (30/8/2016), pun datang ke tempat kejadian dan menangkap Idowu.
Sementara, kanak-kanak  dengan luka melepuh itu dikejarkan ke rumah sakit. 
Di rumah sakit diketahui, anak itu mengalami sejumlah cedera, termasuk yang terparah adalah kemungkinan dia kehilangan penglihatan dari mata sebelah kirinya. 

Kini, bocah perempuan tersebut masih dalam rawatan di rumah sakit, dan sekaligus ditempatkan dalam perlindungan negara.  
Sumber: KOMPAS.com

1 comment:

  1. Kenapa idah tak gunakan akaun adsense untuk blog ini? rugi boleh buat duit. email saya boleh beri tips percuma mcm saya ajar blogger lain

    ReplyDelete