SPRM turut membekukan akaun bank individu itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta.
KUALA LUMPUR: Pengerusi sebuah bank bergelar ‘Tan Sri’ ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan
berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.
Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur
60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.
Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta dibekukan.
“Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan,” katanya.
Tan Sri berkenaan adalah orang ketiga dari bank berkenaan ditahan
SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar ‘Datuk’
ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.
Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender
pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin
negara.
Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik
individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga
kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.
Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.
Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, 3 penjawat awam, 2 daripadanya
bergelar ‘Datuk’ dan ‘Datuk Seri’ ditahan SPRM atas kesalahan rasuah,
salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan,
pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di
Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.
SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan
melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai
antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.
SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan
perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa
setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik ketua pesuruhjaya pada 1 Ogos.
ASSALAMU ALAIKUM WR.WB saya ingin berbagi cerita
ReplyDeletebahwa dulu saya hanya seorang tukang sapu,disalah satu
perusahaan swasta di jawa tenga,gaji saya tidak seberapa dalam
sebulan,sungguh sangat tidak mencukupi kehidupan keluarga saya,pada suatu hari saya coba coba buka internet,dan saya melihat beberapa pengakuan sukses dari member MBAH LIMPAH yang diberikan angka togel,akhirnya saya pun coba-coba menhubungi MBAH LIMPAH dan saya pun dibantu 4D SINGAPURA selama 2x putaran,angkanya tembus100% terakhir saya menang Rp.240.juta,dengan uang tersebut,saya dan keluarga,kini kehidupan keluarga saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,saya sudah buka usaha TOKO BAJU,sekali lagi saya dan keluarga mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH LIMPAH..
BAGI TEMAN-TEMAN YANG INGIN MERUBAH NASIB SEPERTI SAYA
SILAHKAN HUBUNGI MBAH LIMPAH DINOMOR HP: 085 312 407 999