Parti Amanah Negara (Amanah) menawarkan pentadbiran Islam lebih baik
dan memfokus untuk menyelesaikan isu-isu rakyat bila diberi peluang
menjadi kerajaan di Kelantan.
Adun Salor, Datuk Husam Musa yang kini Adun Amanah tunggal di
Kelantan berkata rakyat Kelantan perlu memilih satu kerajaan yang
meneruskan cara Tok Guru Nik Aziz jika mahu negeri itu maju dan selamat
pada masa depan.
"Arwah kalau ada orang miskin datang jumpa cukup sensitif dan saya
sentiasa risau semasa bekerja bersamanya," kata beliau di majlis ramah
mesra di kedai kopi Pok Ya, simpang Gebeng, Banggol Setul dalam Dun
Meranti semalam.
Amanah kata beliau akan berusaha keras bagi membawa Islam yang
mencari penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi termasuk masalah
air, sekolah agama Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan menaikkan taraf
hidup rakyat di kampung-kampung.
"Sekolah YIK kita telah berjaya mengubahnya daripada keadaan daif
semasa kita ambil alih tahun 1990 menjadi begitu baik sekarang.
"Jasa awrah Ustaz Yahya Othman dalam hal ini amat besar walaupun nampaknya tiada siapa mahu mengenangnya," kata beliau.
Sepatutnya kata beliau tidak berlaku pemilihan secara salah dalam proses guru-guru YIK naik pangkat ke jawatan tetap.
"Semua orang tahu ada guru-guru YIK yang lama dan patut dinaikkan
pangkat disishkan untuk diberi laluan kepada isteri orang besar atau
mereka yang ada hubungan dengan wakil rakyat," katanya.
Kalau Amanah diberi kuasa menurut beliau, salah satu usaha terpenting
adalah menjadikan semua guru YIK adalah tetap dan berpencen.
Sementara itu malam tadi ketika menghadiri majlis ramah mesra di
kampung Cherang dalam kawasan Kota Bharu, beliau berkata bukan Pas
sahaja yang memperjuangkan Islam, malah Amanah turut memperjuangkan
Islam.
"Islam menganjurkan "Fastabiqul khoirat” yang bermaksud “Boleh
berlumba-lumba dalam membuat kebajikan” dengan syarat memang kita ingin
kepada Islam yang gagah," katanya.
Menjawab satu soalan hadirin, beliau berkata tujuan Amanah ditubuhkan
serta hala tuju parti Amanah berlandaskan dasar Islam yang
diterjemahkan dengan bijaksana sesuai dengan keadaan di Malaysia.
"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
"Misalnya, di tempat kita terdapat ada bangsa Cina, india dan Melayu, jika kita memperjuangkan hanya dasar bangsa melayu semata-mata, Islam tidak akan dapat naik untuk memerintah," katanya.
Beliau membawa kisah Nabi Sulaiman yang berdoa kepada Allah untuk memberi kerajaan yang paling besar kepada baginda.
"Dalam siyasah kita perlulah bijak dalam menangani sebarang perbezaan supaya mendapat kekuatan," katanya.
Malaysia
Dateline
. Komen pembaca adalah pandangan peribadi .
Idahsalam tidak bertanggungjawab atas segala komen pembaca.
No comments:
Post a Comment