Malaysiakini 3/9/16
Ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos menolak desakan
supaya beliau mengisytiharkan sumber kekayaannya selepas berjanji
memberikan RM1,000 kepada setiap 646 perwakilan parti itu.
Beliau berkata pengisytiharan itu tidak perlu kerana tidak ada
undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian, sambil menambah ia
adalah kesilapan parti pembangkang, terutamanya DAP.
"Sebelum PRU 13 PM dah usulkan supaya ahli-ahli parti politik kena
isytihar siapa penderma, tapi malangnya parti pembangkang terutama DAP
tak bersetuju supaya ahli politik isytihar penderma dah penyumbang.
"Jadi saya tak perlu nak isytihar apa-apa," kata Jamal kepada Malaysiakini.
Beliau menjawab gesaan termasuk daripada Ahli Parlimen Ipoh Barat
dari DAP, M Kulasegaran supaya mengisytiharkan sumber kekayaannya.
Jamal mengumumkan pemberian tunai itu semasa mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar, Rabu lalu.
Wang itu, katanya, adalah peruntukan daripada lawatan sambil belajar
untuk 81 pemimpin cawangan dan ahli jawatankuasa bahagian itu ke Dubai
yang kemudiannya dibatalkan.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan yang dirancang, Jamal berkata ia
adalah untuk mengembangkan pandangan pemimpin Umno Sungai Besar supaya
mereka tidak menjadi "katak di bawah tempurung".
Beliau berkata mereka memilih Dubai kerana ia adalah sebuah negara Islam yang maju dan mahu belajar daripadanya.
Jamal berkata tiada ketua cawangan yang kecewa kerana tidak dapat
dibawa ke Dubai dan merasakan ganjaran kepada para perwakilan adalah
pilihan yang lebih baik.
Lawatan sambil belajar???
ReplyDeleteNak belajar apa org Sg Besar kat Dubai...nak belajar tanam padi??? He..he..he...mana ada padi sini pak Jamal. Pokok kurma ada la.
Mau belajar atau msu nyogok ketua bahagian.
Lawatan sambil belajar???
ReplyDeleteNak belajar apa org Sg Besar kat Dubai...nak belajar tanam padi??? He..he..he...mana ada padi sini pak Jamal. Pokok kurma ada la.
Mau belajar atau msu nyogok ketua bahagian.
Kat dunia boleh laa... tunggu nnt harinya bila kaki & tangan kamu yg menjadi persaksian atas segala perbuatan.. hg cuba la kona klu mampu...
ReplyDeleteKat dunia boleh laa... tunggu nnt harinya bila kaki & tangan kamu yg menjadi persaksian atas segala perbuatan.. hg cuba la kona klu mampu...
ReplyDelete