Malaysiakini 1/9/16
Bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar bekas bos beliau Datuk Seri Najib Razak menyamannya.
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.
“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.
“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.
“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Najib telah menafikan dakwaan menyalahgunakan dana awam dan berkata
tuduhan terhadapnya sebahagian daripada rancangan untuk
menggulingkannya.
Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga telah membersihkan perdana
menteri daripada sebarang salah laku jenayah dalam kontroversi 1MDB.
No comments:
Post a Comment